Anda di sini

FSI serah limau mandarin kepada Ketua Menteri

Advertisement
 Roland (kiri) menerima buah mandarin daripada Richard ketika dalam kunjungan berkenaan.
SERAH: Roland (kiri) menerima buah mandarin daripada Richard ketika dalam kunjungan berkenaan.

KOTA KINABALU: Persekutuan Industri Sabah (FSI) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dikediaman rasminya di sini baru-baru ini.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden FSI Richard Lim adalah bertujuan menyerahkan buah limau mandarin.

Richard menjelaskan limau itu adalah berasal dari Guangxi China yang diberikan oleh Fang Fang, Guangxi Malaysia Business Service Co. Ltd.

Buah berkenaan diserahkan kepada wakil Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia.

Pemberian buah berkenaan adalah sempena dengan Tahun Baharu Cina dan menjadi kebudayaan masyarakat Cina untuk memberikan hadiah seumpamanya.

Richard dalam pada itu mengalu-alukan pelabur seperti Fang Fang dari Nanning Guangxi China untuk melabur di Sabah.

Katanya, Sabah adalah destinasi strategik dalam pelaburan bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga sektor perindustrian.

Selain itu katanya, Sabah juga terkenal dengan destinasi pelancongan yang terkenal dan sudah pasti akan dikunjungi ramai pelancong apabila sempadan negara dibuka kemudian hari.
 

  • oleh
  • Advertisement