Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod enam kes baharu, satu kematian 

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan kes baharu COVID-19 satu angka iaitu enam kes dengan lima daripada merupakan kategori satu (tiada gejala) manakala satu lagi kategori dua (gejala ringan).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata dengan penambahan enam kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini mencecah 252,600.

"Kuching merekodkan lima kes manakala Sibu satu kes, manakala 38 lagi daerah di negeri ini tidak melaporkan kes baharu COVID-19 hari ini," katanya.

JPBNS menerusi kenyataan sama memaklumkan satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak iaitu pada 15 Januari 2022.

Menurutnya mangsa seorang lelaki berusia 81 tahun, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mempunyai ko-morbid darah tinggi, kencing manis dan dislipdemia.

"Tiada kluster aktif COVID-19 di Sarawak setakat ini selepas tiada kluster baharu diisytiharkan," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, JPBNS berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengeluarkan 11 kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Kesemua kompaun dikeluarkan di Kuching, sembilan daripadanya atas kesalahan tidak mengimbas Kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis dan dua tidak memakai pelitup separuh muka.

  • oleh
  • Advertisement