Anda di sini

Chong dipilih semula sebagai Pengerusi DAP Sarawak bagi penggal 2021-2023

Advertisement
Chong (duduk, empat kanan) bergambar bersama 14 lagi anggota Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak bagi penggal 2021-2023.
Chong (duduk, empat kanan) bergambar bersama 14 lagi anggota Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak bagi penggal 2021-2023.

KUCHING: Chong Chieng Jen dipilih semula sebagai Pengerusi Parti Tindakan Demokrasi (DAP) Sarawak bagi penggal 2021-2023.

Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan dan Ahli Parlimen Stampin, memegang jawatan tersebut sejak 2013.

Pemilihan Chong bersama 14 lagi anggota jawatankuasa DAP negeri itu diadakan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Barisan Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak bagi penggal 2021 -2023;


Pengerusi: Chong Chieng Jen
Timbalan Pengerusi: Alice Lau Kiong  Yieng
Naib Pengerusi: Mordi Bimol dan Oscar Ling Chai Yew
Setiausaha: Alan Ling Sie Kiong
Penolong Setiausaha: Larry Asap
Bendahari: Chiew Chiu Sing
Setiausaha Penganjuran: Violet Yong Wui Wui
Penolong Setiausaha Penganjuran: Tonny Ung
Setiausaha Publisiti: Kelvin Yii Lee Wuen
Pengarah Pendidikan Politik: Irene Mary Chang Oi Ling
Ahli-ahli jawatankuasa: Julian Tan Kok Ping, Sim Kiat Leng, Yong Siew Wei dan Richard Lias.

Chong pada sidang media selepas pengumuman barisan Jawatankuasa DAP Negeri itu berkata pemilihan oleh delegasi menunjukkan parti mahu belia disenaraikan dalam barisan badan tertinggi pembuat keputusan DAP Sarawak.

Beliau berkata enam daripada 15 barisan jawatankuasa baharu itu, enam berumur bawah 50 tahun manakala bawah 40 tahun lima dengan empat daripadanya berumur bawah 35 tahun.

Tambahnya, definasi belia bagi DAP Sarawak ialah golongan yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

"Terima kasih kepada delegasi dan ahli jawatankuasa atas keyakinan dan kepercayaan memilih semula saya sebagai Pengerusi DAP Sarawak dan seperti dinyatakan (dalam ucapan saya pagi tadi) kita mahu lebih ramai belia dalam barisan pembuat keputusan di peringkat negeri.

"Di bawah perlembagaan (DAP) negeri, kita ada kuasa melibatkan lima lagi ahli dalam jawatankuasa negeri dan bagi tujuan itu kita memberi keutamaan meletakkan mereka berusia bawah 30 tahun.

"Bagaimanapun, pemilihan ini bergantung kepada kebolehan dan kesesuain calon...Jadi DAP Sarawak tidak akan menjadikan 'badan kedua' kepada badan pembuat keputusan utama tetapi melibatkan mereka secara langsung dalam membuat keputusan," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement