Anda di sini

Bahan letupan buatan sendiri ditemui di pasar bunga di Delhi

Advertisement
Pegawai polis New Delhi membuat sekatan ketika pakar pemusnah bom India berusaha membawa keluar bahan letupan yang ditemui terbiar di pasar bunga. — Gambar AFP
Pegawai polis New Delhi membuat sekatan ketika pakar pemusnah bom India berusaha membawa keluar bahan letupan yang ditemui terbiar di pasar bunga. — Gambar AFP

NEW DELHI, India: Pakar pemusnah bom India telah menutup sebuah pasar bunga yang sibuk di bandar utama New Delhi kelmarin selepas menemui satu bahan letupan buatan sendiri yang ditinggalkan dalam sebuah beg terbiar, menurut pihak polis.

“Kawasan itu berada di bawah satu sekatan polis dan kami telah menemui satu IED (Improvised Explosive Device)," seorang pegawai polis memberitahu AFP.

"Semua benda lain termasuk yang meninggalkan beg di sana dan jenis bahan letupan yang terdapat di dalam beg merupakan satu perkara dalam siasatan.”

Pesuruhjaya polis Rakesh Asthana memberitahu rangkaian berita  NDTV beg telah ditinggalkan  oleh seorang pelanggan yang mengunjungi sebuah kedai untuk membeli bunga di pasar borong bunga Ghazipur.

Laporan media menyatakan pihak polis telah membawa keluar satu bahan letupan terkawal.

Pasar di timur Delhi dikunjungi oleh ribuan peladang kecil, ahli hortikultur dan pekedai pada awal pagi.

India berada dalam satu keadaan keselamatan tegang sebelum sambutan Hari Republik pada 26 Januari, semasa satu perarakan tentera dijangka akan dilakukan di tengah bandar.

Pada tahun lepas polis menahan empat lelaki bagi satu letupan bom kecil di luar kedutaan Israel.

Tiada kecederaan telah dilaporkan  pada masa itu, namun cermin tingkap tiga kereta telah meletup dalam insiden yang telah dinyatakan oleh pihak berkuasa di Baitulmuqaddis sebagai satu serangan pengganas. — AFP
 

Advertisement