Anda di sini

466 peladang Beaufort terima wakalah zakat

Advertisement
 Sylvester (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Ruslan (kiri).
SAMPAIKAN: Sylvester (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Ruslan (kiri).

BEAUFORT: Seramai 466 ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di daerah ini menerima wakalah zakat daripada NAFAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam selaku Pengerusi penganjur acara tersebut, yang juga Ahli Lembaga Pengarah PPK Beaufort menghargai usaha NAFAS dalam membantu meringankan beban para peladang.

“Setiap ahli menerima bantuan wang dan bakul makanan bernilai RM100, ini adalah bukti NAFAS sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib masyarakat tani,” katanya ketika pada majlis berkenaan baru-baru ini.

Beliau berharap program seumpamanya akan diteruskan kerana ia memberikan manfaat kepada rakyat khususnya di daerah Beaufort. 
 
Turut hadir Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Sylvester Entri Muran, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Daerah Beaufort Datuk Mohd Nazri Abdullah serta tetamu kehormat lain

  • oleh
  • Advertisement