Anda di sini

Hujan lebat ragut 10 nyawa di Brazil 

Advertisement
Penduduk membersihkan jalan raya selepas banjir akibat hujan lebat di wilayah Minas Gerais, Brazil kelmarin. — Gambar AFP
Penduduk membersihkan jalan raya selepas banjir akibat hujan lebat di wilayah Minas Gerais, Brazil kelmarin. — Gambar AFP

RAPOSOS: Hujan lebat di Minas Gerais di Brazil mengorbankan 10 nyawa dalam masa dua hari, menurut laporan rasmi kelmarin, yang memberi amaran mengenai penurunan hujan yang lebih lebat di wilayah tersebut.

Mangsa, termasuk seorang budak perempuan berusia 11 tahun, terbunuh pada Ahad dan Isnin selepas hujan mencetuskan banjir dan tanah runtuh, menurut Penyelaras Negara bagi Pertahanan Awam.

Sejak hujan mula turun pada awal Oktober, 19 orang maut di wilayah tenggara Brazil. Seramai 10 lagi terbunuh pada Sabtu apabila serpihan batu besar jatuh dari sebuah cerun dan menimpa empat bot pelancongan di Furnas Lake.

Kiraan terkini menyatakan 17,237 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka atau mendapatkan perlindungan disebabkan oleh ribut.

“Januari menjadi masa sangat sukar bagi Minas Gerais kerana kuantiti, dan malah lebih kepada ketepuan, hujan dalam satu tempoh masa yang singkat,” kata timbalan gabenor wilayah, Paulo Brant, dalam sebuah video yang dipaparkan di Instagram.

“Kita tidak harus mempersalahkan hujan atau alam semula jadi. Sebahagian besarnya kesan yang sangat teruk sebegitu adalah disebabkan oleh kesilapan lampau seperti perluasan bandar yang tidak terkawal, dan pemendapan serta pencemaran sungai,” katanya.

Sebuah empangan perlombongan melimpah pada Sabtu, menjejaskan lalu lintas di sebatang lebuh raya utama selama dua hari.

Kumpulan Perancis, Vallourec, didenda kira-kira AS$60 juta bagi “kerosakan alam sekitar” tiga hari kemudian, umum pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Daripada 853 perbandaran di Minas Gerais, 145 berada dalam keadaan darurat disebabkan oleh cuaca buruk.

Di Juatuba, sebuah pekan yang mempunyai 26,000 penduduk kira-kira 30 batu dari ibu negeri Belo Horizonte, kediaman Daniel Valeriano de Oliveira dimasuki banjir pada awal pagi Ahad.

“Kami kehilangan segala-galanya. Isteri dan anak-anak saya meninggalkan rumah dengan sebuah bot,” operator logistik itu memberitahu AFP.

Pertahanan Awam memberi amaran bahawa keadaan pada Selasa di Minas Gerais akan “sederhana hingga hujan lebat yang akan disertai dengan renjatan elektrik”.

Pakar mengaitkan keadaan darurat itu dengan Zon Penumpuan Atlantik Selatan (SACZ), satu fenomena musim panas tipikal yang setiap tahun menyebabkan penurunan hujan lebat di kawasan itu, sebagai tambahan kepada La Niña – satu corak iklim di Lautan Pasifik yang boleh menjejaskan cuaca di seluruh dunia – dan krisis iklim.

Selama dua bulan, Brazil mengalami kerugianan besar disebabkan oleh banjir, yang mengorbankan nyawa beberapa orang dan menyebabkan ribuan lagi hilang tempat tinggal, terutama di wilayah timur laut Bahia. — AFP
 

Advertisement