Anda di sini

Dua lemas, dua masih hilang tragedi bot karam di Kunak

Advertisement
 Pasukan Bomba meninjau kawasan PKTK yang akan dibuka
OPERASI: Pasukan Bomba meninjau kawasan PKTK yang akan dibuka

KUNAK: Dua mangsa ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki karam dalam kejadian di Pulau Tagabua, Perairan Madai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bot berkenaan dinaiki empat individu termasuk dua mangsa yang masih hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam.

“Susulan itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Maklumat yang diterima, dua mangsa ditemukan lemas oleh orang awam, manakala dua lagi masih hilang,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, pasukan bomba sudah mengambil maklumat terperinci untuk membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setakat ini mangsa yang dilaporkan hilang masih belum ditemukan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement