Anda di sini

Lelaki New York didakwa ancam bunuh Trump

Advertisement
Gambar AFP

NEW YORK: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menahan seorang lelaki berusia 72 tahun di New York kelmarin selepas dia dikatakan menelefon mereka, mengancam untuk membunuh bekas presiden Donald Trump (gambar).

Pendakwa raya di Brooklyn berkata, Thomas Melnick secara sedar dan sengaja mengancam untuk membunuh, menculik dan mencederakan bekas presiden AS itu.

Ia menyatakan bahawa Melnick memberitahu Polis Capitol AS ketika satu temu bual pada Julai 2020 bahawa sekiranya Trump kalah dalam pilihan raya dan menolak untuk melepaskan jawatannya, dia akan mengambil senjata dan membunuhnya.

Trump telah dirujuk sebagai “Individu-1” dalam pertuduhan itu.

Melnick turut dituduh meninggalkan dua pesanan suara dengan pejabat Perkhidmatan Rahsia di Long Island, New York pada Januari tahun lepas di mana dia mengugut untuk membunuh Trump termasuk 12 anggota Kongres yang tidak dinyatakan namanya.

“Oh ya itu adalah satu ancaman, marilah dan tangkap saya. Saya akan melakukan segala-gala yang mampu untuk menyingkirkan (Individu-1) dan 12 orang suruhannya,” Melnick, yang menetap di Queens, dinyatakan sebagai berkata.

Melnick turut dituduh menghubungi kaunter Perkhidmatan Rahsia di Kota New York pada November lepas sebanyak tiga kali dengan menggunakan telefon bimbitnya, memperkenalkan dirinya dengan nama sebenar pada setiap kali panggilan.

“Dia beberapa kali merujuk kepada Individu-1 sebagai ‘Hitler’ dan menyatakan, ‘Saya akan melakukan segala yang saya mampu bagi memastikan (Individu-1) mati,” menurut pertuduhan.

Dalam panggilan lain pada bulan lepas dia menyatakan bahawa perang saudara baharu akan meletus dan mengangkat senjata bagi menentang kerajaan telah dibenarkan ketika undian tidak lagi penting.

Dia menambah bahawa dia pernah memiliki senjata api.22 kaliber, menurut pertuduhan.

Melnick telah ditahan dengan dakwaan di sebuah mahkamah persekutuan Brooklyn melalui sidang video pada lewat kelmarin dan akan dibebaskan melalui pembayaran bon bernilai AS$50,000.

Sebagai sebahagian daripada syarat ikat jaminnya, dia telah diarahkan bagi penahanan di rumah pada waktu malam dan memakai alat pengawasan GPS. — AFP

Advertisement