Anda di sini

Lelaki cedera di muka akibat letupan klorin

Advertisement
Anggota bomba sedang memastikan keadaan benar-benar selamat di lokasi kejadian.
Anggota bomba sedang memastikan keadaan benar-benar selamat di lokasi kejadian.

LUNDU: Seorang pekerja di sebuah pusat peranginan di Lundu dikejarkan ke hospital akibat kecederaan selepas berlaku ledakan melibatkan klorin hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.16 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan letupan melibatkan klorin semasa kerja-kerja pembersihan di kolam renang dijalankan.

"Seorang pekerja cedera di muka akibat letupan tersebut dan telah dihantar ke hospital oleh pekerja resort untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun.

"Pasukan bomba hanya memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat sebelum berangkat balik ke balai," katanya.

  • oleh
  • Advertisement