Anda di sini

Bentuk gabungan parti tempatan hadapi PRU-15: Chin

Advertisement
 Chin (tujuh kiri), Yong (enam kiri), Shu Ying (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda dan Wanita LDP.
KENANGAN: Chin (tujuh kiri), Yong (enam kiri), Shu Ying (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda dan Wanita LDP.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin mengulangi seruan beliau agar semua parti politik tempatan harus bergabung bagi membentuk kerjasama kukuh.

Katanya, semua pemimpin parti tempatan harus mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu untuk membentuk sebuah parti yang kuat seperti Sarawak. Usaha itu sudah pasti akan mewujudkan satu kuasa hebat untuk mengubah landskap politik Malaysia.

"Kesatuan dalam kalangan parti tempatan akan membolehkan kita mengejar lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia Timur khususnya di Sabah.

"Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak bukti bahawa rakyat mereka mahukan parti tempatan untuk menerajui pemerintahan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau percaya Sabah boleh mencontohi Sarawak dalam usaha membentuk gabungan parti tempatan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, rakyat Sabah dan Sarawak kini sudah bosan dengan budaya politik parti semenanjung Malaysia yang mana sangat bersifat perkauman dan perbalahan politik.

Menurutnya, rakyat Sabah juga kecewa dengan pelbagai keputusan kerajaan persekutuan seperti pengagihan bajet yang tidak adil, kelewatan menyiapkan projek Pan Borneo, hadkan penjualan arak di premis perniagaan, buku teks sejarah yang bersifat berat sebelah perkauman yang mana semua perkara itu akan menjejaskan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Chin berkata, rakyat Sabah dan Sarawak sudah hidup bersama secara aman berdekad lamanya tanpa mengira kaum serta agama.

"Kita juga tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak pelampau yang cuba ingin menghancurkan keharmonian negeri ini," katanya.

Sebelum itu, beliau juga telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi LDP 2021-2024 pada Ahad lalu.

Katanya, lebih daripada 90 peratus jawatan Majlis Tertinggi LDP telah diisi oleh pemimpin muda, selaras dengan sasaran parti untuk meremajakan LDP.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus akan menguatkan lagi parti berkenaan selain dapat menarik minat golongan muda menyertai LDP.

Majlis Tertinggi LDP juga melantik bekas Presiden Parti Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang sebagai Presiden Kehormat. 

Tan Sri Lau Ngan Siew, Datuk Lau Yick Chiang, Datuk Elbert Lim Yu Min, Datuk Lai Vai Ming, Datuk John Su Haw Tieng, Datin Wong Ing Huong @Mary Su, Datuk Ho Jia Lit @Charlie, Datuk Albert Ngan Yun Kiang, Fong Keng Sin dan Goh Chit Yong turut dilantik sebagai Penasihat Kehormat parti.

Dalam mesyuarat itu, Ketua Biro Baharu dan Ahli Majlis Tertinggi juga dilantik. Bagi tempoh 2021-2024 Datuk Edward Wong Kon Fan dan Datuk Mok Chen Hung @Mok Kiong adalah Speaker dan Timbalan Speaker.

Barisan Majlis Tertinggi LDP yang baharu ialah Presiden Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Datuk Yong Wui Chung dan tujuh Naib Presiden Ng Tet Hau, Datuk Peter Chin Kee Yong, David Ong Choon Chung, Chong Thien Ming, Wong Min Kong, Thien Kui Sang, serta Sim Fui.

Setiausaha Agung ialah Datuk Ir. Chin Shu Ying, Timbalan Setiausaha Agung, Joseph Kong Yin Jee, Bendahari Agung John Lee Tsun Vui, Timbalan Bendahari Agung, Chin Kian Ming, Ketua Pegawai Penerangan Chin Hock Siong@Simon dan Setiausaha Penganjuran Goh Soo Yee.

Antara Ahli Majlis yang lain ialah Datin Shim Nyat Yun, Yii Ming Seng, Eric Laukah Hon, Ng Kwan Loong, Shim Tshin Choo, Jason Liew Chien Yan, Lam Jin Dak, Chung Kiam Fui, Wong Chung On dan Chong Nyuk Fong.

Selain itu, Yong Khim Vun, Alvin Saw Eng Seng, Jimmy Lai Khin Hiong, Max Voo Min Chung, Ha Chen Hoo, Fung Thau Chim, Michelle Lee Cheng Wen, Joseph Kong Yin Jee, Thien Kui Sang, Goh Soo Yee, Datuk Edward Wong Kon Fan, Datuk Mok Chen Hung @Mok Kiong, Jin Tze Vun, Jacky Wong Kwan How dan Chin Vun Pheaw juga merupakah Ahli Majlis.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pembangunan Strategik dan Politik ialah Datuk Chin Su Phin, Pegawai Perhubungan Jin Tze Vun, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Datuk Yong Wui Chung, Pengerusi Jawatatkuasa Dana Pendidikan Datuk Ir Chin Shu Ying.

Ha Cheun Hoo dilantik sebagai Ketua Biro Usahawan dan Ekonomi, Ketua Biro Aduan Awam Eric Lau Kah Hon, Ketua Biro Pendidikan dan Latihan Datuk Ir Chin Shu Ying, Ketua Biro Perhubungan Agensi Kerajaan Jacky Wong Kwan How, Ketua Biro Kebajikan Sosial Michelle Lee Cheng Wen serta Ketua Biro Maklumat dan Multimedia Chin Hock Siong@Simon.
 

  • oleh
  • Advertisement