Anda di sini

Angka kematian dalam serangan di Nigeria cecah 200

Advertisement

ABUJA: Penyerang bersenjata di Nigeria membunuh sekurang-kurangnya 200 orang dalam beberapa serangan sepanjang minggu lepas di barat laut  wilayah Zamfara, jurucakap kerajaan memberitahu AFP kelmarin.

Pertempuran di sempadan dan peladang bagi akses untuk tanah telah membelenggu bahagian barat laut dan tengah Nigeria selama beberapa tahun, dengan beberapa kumpulan berkembang menjadi kumpulan penjenayah terkenal sebagai penyamun yang membunuh, menjarah dan menculik.

“Keadaan ini menakutkan dan tragik.

"Lebih 200 orang telah dikebumikan gara-gara penaklukan penyamun,” kata jurucakap Sadiya Umar Farouq, menteri bagi hal ehwal kemanusiaan.

“Kami turut bimbang mengenai penduduk yang tiada tempat tinggal selepas beratus-ratus penduduk melarikan diri dari komuniti mereka,” tambah menteri itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Sabtu lepas yang disahkan jurucakap beliau kelmarin.

“Lebih 10,000 mangsa turut hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dibakar penjahat manakala beberapa orang lagi masih hilang.”

Pada Sabtu lepas, empat penduduk memberitahu AFP bahawa penyerang bersenjata mengamuk melalui daerah Anka dan Bukkuyum selama dua hari dan membunuh sekurang-kurangnya 140 orang.

Babandi Hamidu, penduduk  di kampung Kurfa Danya, menyatakan militan menembak sesiapa sahaja yang kelihatan.

Gabenor Zamfara Bello Matawalle bagaimanapun menyatakan hanya 58 orang telah terbunuh.

"Amir Anka memberikan senarai 22 kematian sementara Amir Bukkuyum menyatakan senarai bagi 36 mangsa,” kata jurucakap Gabenor Zailani Bappa dalam satu kenyataan lewat Sabtu lepas.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengecam serangan itu sebagai tindakan terdesak oleh pembunuh beramai-ramai.

Kerajaan Nigeria pada minggu ini secara rasminya melabelkan penyamun sebagai pengganas, membawa sekatan yang lebih ketat terhadaop penyerang bersenjata yang disabitkan,  pemberi maklumat dan penyokong mereka.

Operasi ketenteraan dan polis sedang dijalankan di wilayah barat laut di mana pasukan tentera Nigeria menyatakan mereka telah membunuh 537 penyamun bersenjata dan elemen penjenayah lain serta menahan 374 orang sejak Mei tahun lepas, sementara 452 orang awam yang diculik telah diselamatkan. – AFP

Advertisement