Anda di sini

MEC 2021/22 tarik lebih 1.6 juta tontonan

Advertisement
Sebahagian peserta yang menyertai Kejohanan E-Sports Malaysia 2021/ 2022 di KL Gateway. -Gambar Bernama
Sebahagian peserta yang menyertai Kejohanan E-Sports Malaysia 2021/ 2022 di KL Gateway. -Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 2021/2022 mendapat sambutan menggalakkan apabila jumlah tontonan dan penyertaan melepasi angka edisi lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Intergrated (ESI) Ahmed Faris Amir, tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21, sebelum berakhirnya pertandingan bagi final permainan terakhir semalam.

Beliau berkata kejohanan itu juga berjaya menarik lebih 10,000 peserta bagi musim ini dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan menerusi empat permainan dipertandingkan - FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.

“Kebanyakannya bukan penyertaan baharu kerana sudah berada dalam sistem www.esukan.gg, iaitu platform sukan elektronik yang dikendalikan ESI dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

“Bagi musim ketiga (2022/23), kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi meningkatkan hadiah wang kemenangan dan anjur kejohanan pada skala lebih besar,” katanya kepada pemberita ketika majlis penyampaian hadiah di sebuah kompleks membeli-belah di sini semalam.

Beliau turut mengesahkan dua pasukan terbaik kategori MLBB, berjaya meraih tiket ke MLBB Professional League (MPL) sebagai lapan pasukan teratas bagi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Tenggara dan Dunia.

Beliau menjelaskan berikutan juara, Homebois dan pasukan di tempat ketiga RSG telah layak ke kelayakan tersebut sebelum ini, slot itu menjadi milik naib juara Caracal dan pasukan di tempat keempat Mikey.

Juara dan naib juara PUBG Mobile pula, D3V Silence dan Farang Guerilla, berjaya menempah slot ke PUBG Mobile Pro League.

Berikut senarai pemenang mengikut permainan; FIFA 22 juara Muhammad Faiz Hariry Mohamad Fodzai, naib juara  Muhammad Faid Mohd Said dan tempat ketiga Mohamad Zahin Thaqif.

Dota 2, juara Pasukan Atlantis (Ahmad Ahyad Husam, Denise Danial, Pang Sze Xuan, Chung Wei Shen); naib juara Cat God (Chucky Chan Kok Khin, Gan Hou Sing, Chua  Jian Shen, Soh Aik Yang, Einstein Yap Ming Yu) dan tempat ketiga Sitiawan (Wen Xian, See Earn Soon, Ding Boon Kang, Dywon, Hoong Jhen Wei, Kingsley Kim).

MLBB, juara Homebois (Muhammad Nazhan Mohd Nor, Muhammad Haniff Abdul Rashid, Muhammad Irfan Aujang, Muhammad Saiful Aujang, Muhammad Nazreen Nasir, Amier Fitri Muhammad Affendy); naib juara Caracal (Muhammad Aiman Mohamad Abas, Mohd Norhadim Yusup, Muhammad Azam Ahmad, Ealtond Rayner, Zaraki Jamil Nurolla) dan tempat ketiga (RSG) Muhammad Khuzaimi Ismail, Fareez Edraki Azhair, Ahmad Zaki Ibrahim, Mohammad Irwandy Lim, Muhammad Izz Daniel Zaidi).

PUBG Mobile, juara D3V Silence (Mohamad Insaf Tamsil Suhardi, Muhammad Hafiz Samsul, Akhmansyah Salman, Aiman Hakeem Khairulnizam); naib juara Farang Guerilla (Mohammad Helmi Eizlan Mohammad Ehsan, Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar, Adib Syazwan Abd Razak, Adam Naqib, Muhammad Danish Ismel Muhammad Ghanisma) dan tempat ketiga Dingoz Glazer (Muhammad Zulqarnain Mohd Azmi, Ahmad Rusyduddin Abd Gani, Aliff Putra Ahmad Shar, Naufal Amer Hamzah, Aqil Hamizi Mohd Sabri). - BERNAMA
 

Advertisement