Anda di sini

Dua pelancong AS antara terbunuh nahas bas mini 

Advertisement
Gambar serahan menunjukkan seorang anggota bomba memeriksa tempat kemalangan dimana bas mini yang membawa pelancong asing terbabas di Puntarenas, Costa Rica. — Gambar AFP
Gambar serahan menunjukkan seorang anggota bomba memeriksa tempat kemalangan dimana bas mini yang membawa pelancong asing terbabas di Puntarenas, Costa Rica. — Gambar AFP

PUNTARENAS, Costa Rica: Dua pelancong Amerika dan seorang lelaki dari Switzerland adalah di antara sekurang-kurangnya empat orang yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan bas mini kelmarin di barat Costa Rica, sementara tiga rakyat asing lain telah tercedera, menurut pihak berkuasa.

Di antara yang meninggal dunia adalah “dua orang wanita Amerika, salah seorang dari mereka meninggal dunia di tempat kejadian” ketika seorang lagi meninggal dunia di hospital di bandar Puntarenas, menurut seorang jurucakap bagi jabatan siasatan kehakiman.

Seorang lelaki Swiss turut meninggal dunia dalam kemalangan, di mana sebuah bas mini cuba untuk memintas sebuah trak yang membawa guni gula. Umur dan identiti mangsa tidak dinyatakan.

Tiga pelancong asing lain, dengan kerakyatan yang tidak dinyatakan, berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital di Puntarenas, kata pihak berkuasa.

Pelawat yang dalam perjalanan ke Guanacaste, sebuah kawasan pelancongan terkenal di pantai Pasifik di Costa Rica yang dikenali dengan pantai-pantai dan gunung berapi berhampiran.

Pemandu tempatan bagi bas mini turut terkorban. – AFP
 

Advertisement