Anda di sini

Tradisi unik Ukraine sambut Krismas

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR: Ukraine adalah antara beberapa negara di dunia yang mempunyai dua cuti rasmi Krismas iaitu pada 25 Disember dan 7 Januari.

Menurut kenyataan kedutaan Ukraine di sini, ia disebabkan faktor sejarah iaitu peralihan daripada kalendar Julian kepada kalendar Gregorian, yang digunakan oleh kebanyakan negara sehingga ke hari ini.

“Sebelum ini, terdapat hanya satu cuti umum untuk Krismas – pada 7 Januari, yang dikenali sebagai 'Krismas Ortodoks. ' Ia disambut oleh kira-kira 56 peratus penganut Kristian Ortodoks dunia (iaitu 6.6 peratus daripada semua penganut Kristian di dunia).

“Bagaimanapun, memandangkan  semakin ramai rakyat Ukraine menyambut Krismas pada 25 Disember, pada 2017 kerajaan memutuskan untuk menjadikan kedua-dua tarikh itu sebagai cuti umum, selaras dengan realiti zaman moden,” katanya dalam satu kenyataan Bernama.

Ukraine menerima pakai Kalendar Gregorian pada 1918. - BERNAMA
 

Advertisement