Anda di sini

14 maut tanah runtuh di tapak pembinaan di China

Advertisement
 Anggota penyelamat menggali tanah runtuh yang mengorbankan 14 orang di barat daya wilayah Guizhou, China kelmarin. — Gambar AFP
TANAH RUNTUH: Anggota penyelamat menggali tanah runtuh yang mengorbankan 14 orang di barat daya wilayah Guizhou, China kelmarin. — Gambar AFP

BEIJING: Tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di barat daya wilayah Guizhou China telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang, lapor media tempatan kelmarin.

Pekerja sedang mengukuhkan lereng bukit ketika tanah runtuh berlaku pada petang Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Anggota penyelamat telah menemui 14 mayat dan tiga orang tercedera, dengan punca kemalangan masih dalam siasatan, kata Xinhua.

Kerja menyelamat sudah selesai dan tiga mangsa cedera kini dalam keadaan stabil, tambah Xinhua.

Gambar yang diterbitkan oleh media tempatan menunjukkan anggota penyelamat bekerja di bawah lampu sorot sepanjang malam. Turut dilihat runtuhan besar serta beberapa jentera yang telah dihempap.

Kemalangan dalam sektor pembinaan dan perindustrian sering kali berlaku di China, selalunya disebabkan oleh piawaian keselamatan yang longgar.

Pada Disember, dua pekerja maut manakala 20 yang lain diselamatkan apabila lombong arang dinaiki air di wilayah Shanxi.
Pada Julai, 14 pekerja terbunuh di wilayah Guangdong China selepas terowong yang mereka sedang bina dilanda banjir. — AFP 

Advertisement