Anda di sini

India catat 37,379 kes COVID-19, varian Omicron cecah 1,892

Advertisement
Gambar hiasan

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 34,960,261 pada Selasa, dengan 37,379 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data terkini kementerian kesihatan negara itu.

Kementerian itu turut melaporkan 124 lagi kematian disebabkan wabak itu, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 482,017, menurut Xinhua.

Sebanyak 171,830 kes aktif COVID-19 direkodkan di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 34,306,414 kes jangkitan COVID-19 telah pulih setakat ini, termasuk 11,007 pesakit telah sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes COVID-19 melibatkan varian Omicron telah mencecah 1,892 kes dengan negeri Maharashtra mencatatkan 568 kes dan Delhi 382 kes, menurut data kementerian itu.

Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC) telah mengeluarkan garis panduan baharu di Mumbai berikutan peningkatan kes COVID-19.

BMC akan menutup keseluruhan bangunan kediaman jika lebih 20 peratus daripada penhuninya dijangkiti COVID-19.

Pekeliling itu berkuat kuasa pada Selasa, ketika India merekodkan 8,082 kes baharu COVID-19 pada Isnin. - Bernama 

Advertisement