Anda di sini

Rangkaian Cat Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint 99.9% Berkesan Terhadap Penularan Virus dan Bakteria COVID-19

Advertisement

KUALA LUMPUR: Nippon Paint Malaysia (NPM) baru-baru ini melancarkan rangkaian cat anti-virus dan anti-bakteria dengan formula terbaru bagi menerajui keselamatan dan kesejahteraan ruang dalaman supaya selamat.

Produk Spot-less Plus dan Vinilex Fresh Plus dengan rumusan baru terbukti berkesan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2). Kedua-dua produk ini dapat melindungi dinding dalaman kita supaya lebih selamat bila disentuhi. Rangkaian cat ini adalah tambahan kepada produk VirusGuard yang dilancarkan sebelum ini.

  1. Spot-less Plus, cat kilauan rendah dengan teknologi penghalang kotoran untuk memberi perlindungan dari virus dan bakteria.
  2. Vinilex Fresh Plus, cat matt licin dan boleh-basuh, sesuai untuk dinding dalaman.
  3. VirusGuard, cat antimikrob tahan lama yang terunggul dengan kilauan sederhana, kurang berbau, rendah VOC dan boleh mencegah pembiakan kulat serta kalis kotoran.

Cat VirusGuard juga boleh memusnahkan virus influenza seperti H1N1, virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Coxsackievirus A16), dan bakteria lain seperti E. coli, MRSA dan Staphylococcus Aureus.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan NPM, En. Yaw Seng Heng, “Produk yang dinaik taraf itu adalah ikhtiar syarikat kami untuk menjaga keselamatan di ruang dalaman. Ia dirumus dengan Teknologi Ion Perak yang terbukti secara saintifik dapat menghalang penularan virus dan bakteria merbahaya pada permukaan sebanyak 99.9%.

"Sebagai pengeluar cat Nombor 1 di Malaysia dan Asia, rangkaian produk anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint adalah usaha tanpa henti kami untuk mewujudkan ruang dalaman yang lebih selamat di rumah, tempat kerja dan bangunan awam. Kami percaya pelancaran rangkaian cat anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint ini adalah sesuai pada masa kini untuk memberi lapisan perlindungan tambahan kepada persekitaran ruang dalaman kita. Kami sentiasa berusaha menerokai cara penyelesaian yang inovatif bagi mewujudkan suasana yang sihat dan sejahtera, di samping mencipta persekitaran yang indah dan sihat," tambah En. Yaw.

Rangkaian cat anti-virus dan anti-bakteria yang dipertingkatkan ini dapat memusnahkan mikrob dengan keberkesanan yang tinggi. Menurut Iaporan ujian makmal dari Antimikrop R&D dan Makmal Analisis Biocidal, cat Nippon Paint terbukti 99.9% berkesan terhadap penularan virus dan bakteria berbahaya termasuk Covid-19 (SARS-CoV-2) pada permukaan yang dicat.

Teknologi Ion Perak pada cat ini juga dapat menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui tiga fungsi :

  1. Pemusnahan dinding sel atau membran bakteria dan virus supaya tidak berfungsi
  2. Pengurangan keupayaan pembiakan mereka
  3. Penghalang kelangsungan hidup serta kematian virus dan bakteria.

Bakteria lain, seperti E.coli boleh kekal di atas permukaan sehingga beberapa bulan. Keadaan ini menekankan kepentingan untuk membasmi dan membersihkan permukaan yang kerap disentuh, termasuk pada permukaan dinding kerana ia adalah salah satu tempat penyebaran utama virus dan bakteria.

En. Yaw juga mengulas “Permukaan yang sering disentuh dalam rutin harian kita boleh menjadi vektor penularan virus dan bakteria. Dengan itu, kami telah mencipta salutan cat dengan Teknologi Ion Perak supaya permukaan dinding dalaman dapat dilindungi dari pembiakan virus dan bakteria”.

Walaupun pengecatan pada permukaan dalaman dinding dengan cat anti-mikrobial tidak bermakna penularan virus dan bakteria akan terhenti sama sekali, namun ia dapat mengurangkan risiko virus dan bakteria dari terbiak pada permukaan dinding.

Salutan cat-cat mesra alam ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sangat disyorkan untuk kegunaan ruang dalaman seperti di rumah kediaman, pusat pendidikan, institusi kesihatan, restoran, hotel, surau, ruang warga tua, dan bangunan komersial seperti di pejabat, hotel dan bilik mesyuarat.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian cat anti-virus dan anti-bakteria dari Nippon Paint, sila layari https://www.nipponpaint.com.my, atau hubungi Khidmat Pelanggan Nippon Paint pada 1800-88-2663.

Advertisement