Anda di sini

UTC di Samarahan bakal direalisasikan

Advertisement
 

KOTA SAMARAHAN: Usaha untuk merealisasikan cadangan menubuhkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Samarahan sedang giat dijalankan. 

Perkara itu dijelaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang (gambar) yang memberitahu rundingan bersama pihak pengurusan Pusat Beli Belah The Summer telah dilaksanakan. 

Selaras dengan usaha itu, katanya, beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan The Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui dan delegasi di pejabatnya di sini hari ini.

"Kunjungan kali ini dibuat atas jemputan saya (Rubiah) untuk berunding beberapa perkara berkaitan dengan usaha untuk merealisasikan projek UTC di Samarahan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada persidangan yang lepas," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Rubiah menjelaskan pihaknya telah melakukan rundingan secara aktif bersama Kementerian Kewangan Malaysia dalam usaha memastikan UTC dapat diwujudkan di Samarahan.

Tegasnya lagi, kewujudan UTC sangat penting kerana Kota Samarahan mempunyai sebahagian besar populasi. 

Jelas beliau, kawasan ini didiami ramai iaitu terdiri daripada penjawat awam dan swasta serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. 

"Ini menjadikan mereka amat memerlukan perkhidmatan pentadbiran awam seperti urusan pendaftaran, imigresen, pengangkutan jalan dan lain-lain lagi.

"Justeru, penubuhan UTC di sini (Samarahan) adalah amat diperlukan dan bertepatan dengan keperluan penduduk di kawasan ini dan sekitarnya," ujarnya. 
 

  • oleh
  • Advertisement