Anda di sini

Pensyarah UiTM Sarawak hasilkan rempah ayam pansuh segera 

Advertisement
Dr Hasmah menunjukkan rempah ayam pansuh yang dihasilkan dan dijual oleh UiTM Sarawak.
Dr Hasmah menunjukkan rempah ayam pansuh yang dihasilkan dan dijual oleh UiTM Sarawak.

KUCHING: Ayam pansuh merupakan antara makanan tradisional masyarakat Sarawak yang digemari ramai disebabkan rasa yang enak dan unik. 

Jika dahulu ayam pansuh yang dimasak dalam buluh menjadi antara hidangan wajib pada perayaan seperti Hari Gawai tetapi kini ia boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

Namun tidak semua pandai memasak ayam pansuh kerana memerlukan ramuan tertentu yang mana sukar ditemui bagi mereka yang menetap di luar negara.

Ini mencetuskan idea kepada kumpulan empat pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak untuk menghasilkan rempah ayam pansuh dalam bentuk sedia untuk dimasak. 

Profesor Madya Dr Hasmah Mohidin berkata, idea untuk menghasilkan rempah perapan ayam pansuh ini timbul daripada kesukaran anak-anak Sarawak untuk menikmati makanan ini apabila berada di luar negara.  

“Idea asalnya, kami berempat nak buat dalam bentuk perencah tetapi tidak pratikal disebabkan mudah rosak. 

“Jadi kami menghasilkan dalam bentuk rempah yang mana lebih pratikal dan sedia untuk dimasak. 

“Cara memasaknya sangat mudah iaitu diperap dan dimasak dalam periuk atau dalam buluh dengan video penyediaan masakan turut disediakan pada pek bungkusan,” katanya. 

Tambah Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 itu, buat masa ini rempah perapan ayam pansuh ini dijual di pasaran tempatan dan dikomersialkan oleh BITCOM UiTM Cawangan Sarawak. 

Memandangkan inovasi rempah perapan ayam pansuh ini masih baru katanya, pihaknya masih mencari cara untuk pengeluaran dalam jumlah yang besar. 

Akan datang katanya, mereka akan menghasilkan satu lagi versi produk ayam pansuh dalam bentuk sedia untuk dimakan. 
 

  • oleh
  • Advertisement