Anda di sini

Melangkah ke laman digitalisasi demi perniagaan turun-temurun dan komuniti

Advertisement

“Tradisi kami berasal dari resipi keluarga yang menjadi kebanggaan untuk kami terus sajikan kepada masyarakat.”

- Encik Habib, pemilik Restoran Habib

Restoran Habib tidak asing lagi bagi penduduk di Johor Bahru. Bermula secara kecil-kecilan dengan menjual nasi campur dan hidangan kari resipi keluarga di Taman Iskandar, Pasir Pelangi sejak 1974, kini Restoran Habib mempunyai 10 buah cawangan.

Seperti perniagaan lain, Restoran Habib turut terkesan dengan wabak COVID-19 berikutan larangan pelanggan makan di restoran. Namun begitu pemilik Restoran Habib, Encik Habib tetap gigih meraih pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran dan membungkus makanan. Tapi beliau menghadapi cabaran di mana Restoran Habib mempunyai aneka hidangan dan tidak dapat memuat naik kesemuanya di dalam satu platform digital.

Ketika pertama kali menggunakan platform dalam talian, beliau menghadapi kesukaran memuat naik semua hidangan di dalam platform itu. Hal ini mempengaruhi tingkah laku pembelian pelanggan kerana mereka cenderung memesan makanan yang sama, menjadi punca kerugian perniagaan Restoran Habib akibat kurang menerima pesanan.

Menyedari cabaran itu, beliau mengambil peluang berharga sebagai pelanggan Maxis dan mendapatkan penyelesaian perniagaan digital dengan bantuan Maxis SME Help Squad. Menerusi cadangan diberikan, beliau mendaftar Cloud POS Lite menerusi Geran Digitalisasi PKS PENJANA dan menikmati penjimatan kos dengan subsidi sehingga RM5,000*. Hanya dengan dokumen penting, Maxis SME Help Squad membantu beliau memohon dan lulus dalam hanya tempoh dua minggu.

Kini dengan penyelesaian Cloud POS Lite, bukan sahaja hasratnya dapat dipenuhi. Tetapi beliau juga dapat memenuhi selera pelanggan dengan menyajikan hidangan kegemaran yang mereka inginkan. Pelanggan dapat membuat pesanan secara dalam talian dan terus menikmati hidangan mengikut cita rasa sendiri serta pengalaman yang sama walaupun di rumah. Selain itu, beliau juga dapat meraih jualan perniagaan sebanyak 22% dan menikmati penjimatan kos serta produktiviti perniagaan.

Sama seperti Encik Habib, anda juga boleh jadi UsahaWIRA

Untuk terus menerajui dalam perniagaan, anda memerlukan peluang bernilai. Encik Habib dapat menuntut dana sehingga RM5,000* dari Geran Digitalisasi PKS PENJANA. Kini bersama Maxis Business, beliau mempunyai rakan kongsi yang sentiasa bersama melangkah ke arah digitalisasi dan mengekalkan perniagaan turun-temurun untuk generasi mendatang.

Klik sini untuk mulakan kembara digital serta tebus sehingga RM5,000* hari ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Advertisement