Anda di sini

Belia perlu amalkan disiplin diri tinggi

Advertisement
 Jonathan ketika melepaskan para peserta Mesilou Enduro Open.
RASMI: Jonathan ketika melepaskan para peserta Mesilou Enduro Open.

RANAU: Golongan belia perlu mengamalkan disiplin diri serta bijak merancang aktiviti yang mampu mendatangkan faedah kepada komuniti setempat.

Timbalan Menteri Dalan Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, para belia juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti sihat.

"Belia perlu menghindarkan diri daripada kegiatan tidak  bermoral seperti menagih dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam," katanya ketika merasmikan Program Mesilou Enduro  Open  Challenge 2021 di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli  Parlimen  Ranau berkata, program anjuran Mesilou Volunteer Club di Masilou Kundasang baru-baru ini melibatkan 150 orang peserta dari Kota Kinabalu, Tawau, Pitas, Kota Marudu dan Ranau.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Mesilou Ahmad Sam Gupili ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta sumbangan dari pihak Jonathan dalam membantu menjayakan kejohanan lasak tersebut.

"Kami para belia di sini amat memerlukan sokongan daripada Jonathan bagi pengurusan kejohanan  lebih besar seperti Kejohanan Terbuka Malaysia pada akan datang," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement