Anda di sini

UMNO Beluran mahu kerusi Parlimen Beluran dikekal

Advertisement
 Julie menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada salah seorang ahli semasa Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Beluran.
SIJIL: Julie menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada salah seorang ahli semasa Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Beluran.

BELURAN: UMNO Beluran mahu mengekalkan kerusi Parlimen Beluran seterusnya meletakkan calon UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua Bahagian UMNO Beluran Julie Sabran berkata perkara itu adalah salah satu usul yang dibincangkan dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini dan disokong penuh perwakilan yang hadir.

“Dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Beluran kita mahu kerusi Parlimen Beluran ini  dikekalkan berikutan ianya adalah kerusi tradisi UMNO.

“Kita akan kekalkan dan kita akan bertanding pada PRU-15, saya yakin dan percaya kerusi Parlimen Beluran ini adalah ‘fix deposit’ kepada Barisan Nasional,” Katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Julie berkata, sehingga kini jumlah keahlian UMNO Beluran melebihi 19,000 orang.

"Berdasarkan jumlah itu kita yakin kerusi parlimen itu dapat dikekalkan oleh UMNO pada PRU ke-15 kelak," katanya.

Menurutnya Beluran memerlukan perubahan kepimpinan dan transformasi pembangunan.

“Beluran menjadi antara daerah termundur dan termiskin sehingga hari ini dan penduduknya juga masih dalam keadaan terpinggir.

“Berdasarkan tinjauan, masyarakat Beluran mahukan perubahan dan pembangunan dan untuk kepimpinan baharu yang akan datang ini insya’Allah daripada UMNO kita akan buat transformasi terutama sekali untuk membangunkan kawasan luar bandar di daerah ini," katanya.

Katanya pihaknya berharap kerusi parlimen berkenaan dapat dikekalkan sebagai kerusi tradisi UMNO pada PRU ke-15.

Dalam pada itu julie menjelaskan, selain usul kekalkan kerusi tersebut, UMNO Beluran turut meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mentadbir negara ini sehingga PRU-15 selain menyokong padu kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

  • oleh
  • Advertisement