Anda di sini

Kejayaan SUPP rampas balik beberapa kerusi, indikasi komuniti Cina menolak mereka yang tidak berprestasi

Advertisement
 

KUCHING: Kejayaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya merampas balik beberapa kerusi tradisi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) indikasi jelas komuniti Cina menolak mereka yang tidak menunjukkan prestasi dan menepati janji.

Presiden SUPP, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata, ia kerana SUPP sentiasa percaya memberitahu kebenaran, bekerja gigih berbanding menipu rakyat.

“Kejayaan ini juga tanda bahawa rakyat percaya kepada SUPP dan GPS dan bagi kerusi kami yang tidak dapat menangi kami tetap berterima kasih kepada semua kerana memberi peluang.

“Kita sentiasa memberitahu kebenaran, sentiasa bekerja gigih berbanding pembangkang yang menipu rakyat maka di situ wujud sentimen, rakyat tidak mahu lagi ditipu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis mendengar keputusan PRN12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam Sabtu.

Ditanya mengenai tindakan pertama dilakukannya di kawasan selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah untuk penggal kedua Dr Sim berkata, beliau akan ke kawasan sebagai penghargaan dan terima kasih kepada pengundinya.

“Esok (hari ini), saya balik ke kawasan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi saya, itu adalah rekod saya,” katanya.

SUPP selain Batu Kawah, SUPP berjaya memenangi 12 lagi kerusi tradisi mereka berbanding hanya tujuh kerusi pada PRN 2016.

Sementara itu Dr Sim berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah dengan menang majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.

Dalam pertandingan empat penjuru itu, calon DAP Dr Kelvin Yii memperoleh 2,434 undi manakala Chai Kueh Khun (PBK) dan Fong Pauk Teck (ASPIRASI) masing-masing memperoleh 756 undi dan 133 undi.

DUN Batu Kawah mempunyai 19,465 pengundi berdaftar bagaimanapun hanya 57.28 peratus ATAU 11,150 pemilih yang keluar mengundi.
 

  • oleh
  • Advertisement