Anda di sini

Ibrahim Baki menang di DUN Satok

Advertisement
 

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok  dengan majoriti undi sebanyak 6,033 undi.

Calon muka baharu GPS, Datuk Ibrahim Baki (gambar) berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ir Nor Irwan Ahmat Nor dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Awang Badele Awang Ali.

Ibrahim mendapat sebanyak 6,991 undi manakala Nor Irwan dari PKR (958 undi) dan Awang Badele (PBK) hanya mendapat 415 undi

Keputusan pilihan raya itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.08 Satok, Dr Hadysyam Junaidi di Dewan Kompleks Islam Sarawak pada jam 8.50 malam, Sabtu.

“Saya selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.08 Satok dengan ini mengisytiharkan bahawa Ibrahim Baki daripada GPS telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi N.08 Satok,” katanya.

Dr Hadysyam berkata, sebanyak 59.29 peratus turun mengundi kali ini dengan 71 jumlah undi ditolak.

Sementara itu, Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Satok yang menberi sokongan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat di DUN Satok.

“Sesunguhnya ini kemenangan bersama yang pasti menggembirakan kita semua,” katanya menerusi ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Operasi DUN N8 Satok PRN12 Abdul Sahmat Gany.

Sahmat memaklumkan Ibrahim tidak dapat bersama di pusat penjumlahan rasmi undi ini kerana hadir di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ke sidang media GPS malam Sabtu.

Kerusi DUN Satok sebelum ini disandang oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selama lapan penggal yang memilih bertanding di DUN Gedong pada PRN kali ini.

Beliau telah meletakkan Ibrahim untuk bertanding di kawasan itu.

Abang Johari pada PRN11 tahun dengan mudah mengutip 8,547 undi, manakala lawannya, Mohamed Salleh Shawkatali dari PKR hanya meraih 1,809 undi.
 

  • oleh
  • Advertisement