Anda di sini

Wong berjaya pertahan kerusi Bawang Assan

Advertisement
 Wong bersama Leong dan Shaun selepas diumumkan menang di DUN N.53 Bawang Assan.
 Wong bersama Leong dan Shaun selepas diumumkan menang di DUN N.53 Bawang Assan.

SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh berjaya mempertahankan kerusi N.53 Bawang Assan untuk penggal ketujuh dengan majoriti 913 undi, menewaskan empat calon lain.

Wong memperolehi 5,952 undi menewaskan pencabar terdekat Senator Robert Lau Hui Yew dari GPS yang mendapat 5,039 undi. 

Calon DAP Amy Lau Bik Yieng mendapat 1,173 undi, Michelle Ling Shyan Min (PBK) dengan 954 undi dan Ricky Enteri (Bebas) 645 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya N.53 Bawang Assan Mohamad Suhaili kira-kira jam 9.30 malam.

Wong ketika ditemui pemberita berkata, PSB telah cuba sedaya upaya untuk bawa perubahan di dalam politik Sarawak.

Namun katanya, penduduk Sarawak belum bersedia untuk berubah dan masih mahu menjadi tebusan dalam amalan politik kerajaan semasa.

"Kita tidak dapat ubah orang ramai melainkan diri mereka sendiri yang berubah. Kita akur dengan pilihan rakyat," katanya.

Dalam politik di Sarawak terutama di luar bandar katanya, wang adalah segalanya.

Hadir sama ialah isteri Wong, Datin Sri Pauline Leong serta cucunya, Shaun Wong.

  • oleh
  • Advertisement