
PELAGUS: Penyandang GPS Pelagus Wilson Nyabong Ijang diumum sebagai ADUN Pelagus untuk penggal kedua selepas memperoleh 2,843 undi.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Pelagus, Kelimbik Sibat mengumumkan kemenangan Wilson pada 7 malam setelah mendapat 1,049 undi.
Calon PSB Datuk Kristoffer Nyuak Bajuk memperoleh 1,794 undi, diikuti DAP Solomon Kumbong (250), PBK Nyambong Sibat (88) dan PBDSB Moses Ripai (76).
Jumlah peratusan keluar mengundi ialah 65.28 peratus, manakala undi rosak sebanyak 89.
b