Anda di sini

Wilson harap peratusan keluar mengundi di Pelagus lebih 60 peratus

Advertisement
Wilson bersama isterinya selesai membuang undi pada 9.51 pagi tadi.
Wilson bersama isterinya selesai membuang undi pada 9.51 pagi tadi.

KAPIT: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Amang pada 9.51 pagi tadi.

Penyandang kerusi Pelagus itu tiba bersama isterinya, Saniah Thomas pada 9.40 pagi dan membuang undi di saluran satu.

Wilson ketika ditemui pemberita berharap peratus keluar mengundi di DUN Pelagus PRN kali ini dapat mencapai lebih dari 60 peratus.

Ini kerana katanya, rekod PRN9,10 dan 11 yang lalu menunjukkan angka peratusan keluar mengundi adalah sekitar 60 hingga 65 peratus sahaja.

"Saya lihat, masa ini ramai orang (Kapit) dari luar tidak dapat datang mengundi dan ini mungkin boleh menyebabkan peratus keluar mengundi menjadi rendah.

"Namun, ada yang jangka lebih tinggi, dan saya berharap ini akan berlaku kerana mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, calon lain yang turut membuang di lokasi yang sama ialah Moses Ripai dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Kristoffer Nyuak Bajuk.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan dua saluran undi di SK Sungai Amang di sini yang melibatkan 746 pengundi.

Proses membuang undi juga berjalan lancar di mana pihak SPR memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut ditempatkan untuk memantau pengundi yang bergejala.

Pada PRN11 lalu, Wilson yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 3,284 undi menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Frankie Bedindang Manjah dan calon Bebas Yong Sibat.

  • oleh
  • Advertisement