Anda di sini

Tunaikan janji, itu harapan pengundi

Advertisement
Buri, Senai dan Entayang selesai mengundi pada jam 7.50 pagi tadi di SJKC Sungai Jaong.
Buri, Senai dan Entayang selesai mengundi pada jam 7.50 pagi tadi di SJKC Sungai Jaong.

MARUDI: Pengundi berharap calon yang memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) di DUN Marudi akan terus bekerja untuk menunaikan janji sebelum ini.

Seorang pengundi, Entayang Jubin, 73 dari Rh Brit Michael Salangkor berkata, beliau memberikan sokongan kepada calon yang sebelum ini terbukti dapat membawa pembangunan di kawasan Marudi.

“Kami mahukan seorang wakil rakyat yang dapat memenuhi janji dan dapat bekerja untuk membantu nasib rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Jaong hari ini.

Saudara beliau Senai Ajang, 43 turut berharap calon yang memenangi kerusi itu nanti terus mengambil berat permasalahan rakyat di kawasan itu.

Selain Entayang dan Senai, Buri Babon, 63 merupakan antara pengundi yang datang seawal jam 7.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurut Senai, mereka dinasihatkan untuk datang lebih awal bagi menggelakkan untuk berbaris panjang berikutan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya merasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” kata Buri.

Turut mengundi di tempat yang sama ialah calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Sylvester Entri Muran.

Bekas ADUN Marudi dan menteri muda itu tiba di pusat mengundi pada jam 8.20 pagi dan selesai mengundi kira-kira jam 8.30 pagi.

Sementara itu, proses mengundi di sini berjalan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

SJK Sg Jaong merupakan salah satu pusat mengundi dibawah N76 Marudi.

Seramai 1,401 pengundi yang layak dijangka membuang undi di sini melalui empat saluran yang disediakan.

  • oleh
  • Advertisement