Anda di sini

Teruja pertama kali mengundi

Advertisement

BINTULU: "Saya gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab membuang undi untuk kali pertama dalam seumur hidup pada pilihan raya kali ini selepas 
mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun ini," kata seorang pengundi, Dayangku Haslinda Awang Saberan, 39.

Beliau yang mengundi untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu berkata, proses pengundian 
teratur dan pada awal pagi tidak begitu ramai yang datang.

"Layanan petugas SPR amat baik dan semuanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya yang teruja terlibat dalam 
proses pengundian tersebut hari ini.

Ujarnya, semuanya baik saja dengan setiap pengundi perlu mengimbas suhu badan, MySejahtera sebelum dibenarkan memasuki saluran membuang undi
di pusat mengundi.

Haslinda teruja untuk kali pertama membuang undi menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat sebagai tanda mengesahkan telah mengundi hari ini.
Haslinda teruja untuk kali pertama membuang undi menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat sebagai tanda mengesahkan telah mengundi hari ini.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati proses pengundian yang teratur, berjalan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku di pusat pengundian
yang turut dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas SPR serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bantuan turut diberikan oleh pegawai dan petugas SPR kepada pengundi yang tidak berkeupayaan berjalan atau berdiri dengan menggunakan kerusi roda bermula dari proses ke saluran mengundi, mendaftar nama dan seterusnya memasukkan kertas undi dalam kotak undi.

DUN N67 Jepak menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Bebas, Tuah (Ani) Kazan, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK),
Dr Raba'ah Tudin dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Datuk Talib Zulpilip dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga penyandang kerusi tersebut.

Seorang pegawai SPR membantu seorang pengundi berkerusi roda memasukkan kertas undi dalam kotak undi.
Seorang pegawai SPR membantu seorang pengundi berkerusi roda memasukkan kertas undi dalam kotak undi.
  • oleh
  • Advertisement