Anda di sini

Selepas menang, Tiong seru kerjasama demi pembangunan Dudong

Advertisement
Tiong (tengah) meraikan kemenangannya di kerusi DUN Dudong.
Tiong (tengah) meraikan kemenangannya di kerusi DUN Dudong.

SIBU: Datuk Seri Tiong King Sing menggesa penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong agar bekerjasama dengannya susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Beliau berkata, dia amat memerlukan kerjasama penduduk Dudong untuk membangunkannya selepas ini.

"Saya menggesa penduduk Dudong supaya bekerjasama dengan kami dalam masa terdekat ini.

"Kita tengok macam mana nak naiktaraf kawasan Dudong ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai ADUN Dudong oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.52 Dudong Abdul Razak Awang Bini di Perpustakaan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, sebentar tadi.

Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengundi di DUN Dudong kerana memberi peluang kepada GPS kali ini.

Ini terutamanya, katanya, ialah mereka yang berada di perantauan yang balik untuk mengundi pada PRN12 ini.

"Saya menyifatkan kemenangan ini adalah untuk semua penduduk Dudong. Saya akan memastikan semua rakyat sentiasa dijaga," jelas Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu.

Beliau turut memberitahu bahawa pengundi muda kali ini telah banyak mengundi GPS yang menjadi faktor kemenangannya di Dudong.

  • oleh
  • Advertisement