
MUKAH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, Royston Valentine sah menjadi wakil rakyat di konstituensi tersebut apabila diumumkan menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN 12).
Kemenangan Roystom diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tellian Peleadzman Ahip sekiar jam 7.30 malam di Dewan Seri Pekala, Kuala Lama Mukah.
Keputusan rasmi jumlah undi adalah Mohamad Arwin Lim Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 287 undi sementara calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Zainuddin Budug mwndapat 174 undi.
Royston daripada GPS-PBB mendapat 4,282 undi dengan kemenangan majoriti undi sebanyak 2,917 undi.
Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Sait Junaidi pula mendapat 1,365 undi.
Jumlah peratusan mengundi 61.69 pedatus bagi DUN Tellian di mana sebanuak 79 undi ditolak.
Turut hadir di Pusat Penjumlahan Undi adalah mantan ADUN Tellian Yussibnoah Balo dan calon PKR Mohamad Arwin.