Anda di sini

Proses mengundi di SJKC Stampin lancar dan patuh SOP

Advertisement
Antara pengundi warga emas yang memerlukan bantuan diiringi petugas pilihan raya.
Antara pengundi warga emas yang memerlukan bantuan diiringi petugas pilihan raya.

KUCHING: Suasana di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Stampin di sini berjalan lancar selain diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Malahan kelihatan pengundi-pengundi yang tiba juga tidak perlu berbaris panjang dan mengambil masa lama untuk membuang undi.

Setiap pengundi diarahkan untuk memeriksa suhu badan selain mengimbas Mysejahtera masing-masing di kaunter saringan suhu badan.

Manakala bagi pengundi berusia yang memerlukan bantuan kerusi roda turut disediakan dan diiringi petugas pilihan raya ada.

Berbeza pada kali ini, hari mengundi menyaksikan kaunter saringan tempat mengundi khas bagi pengundi yang didapati bergejala.

Sementara itu antara pengundi yang mengundi pusat berkenaan calon DAP di DUN Batu Kawah, Kelvin Yii selesai mengundi di pusat mengundi kira-kira jam 8.40 pagi.

Kelvin yang tiba di pusat mengundi sekitar jam 8.30 pagi antara yang mengundi di pusat berkenaan yang dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Ketika ditemui pemberita berharap lebih ramai yang akan turun mengundi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Kita berharap mereka turun pada waktu pagi memandangkan ramalan cuaca menyatakan pagi cuaca agak baik. Kita bimbang pada waktu petang kemungkinan hujan dan ia tidak mendatangkan keselesaan kepada mereka,” katanya.

Kelvin pada masa yang sama turut meminta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan agar media khasnya dibenarkan untuk mengambil gambar dalam bilik saluran.

“Saya sedikit keliru kerana ada media tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan berharap SPR mempertimbangkan perkara seperti ini,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching bertanding di kerusi DUN Batu Kawah yang akan menentang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Fong Pau Teck (ASPIRASI) dan Chai Kueh Khun (PBK).

  • oleh
  • Advertisement