Anda di sini

Polis: Proses membuang undi PRN Sarawak berjalan lancar

Advertisement
Aidi (dua kiri) bersama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berjumpa dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi.
Aidi (dua kiri) bersama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berjumpa dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi.

KUCHING: Proses membuang undi untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) berjalan dengan lancar dan terkawal, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga memuaskan.

"Pada keseluruhannya, proses pembuangan undi berjalan lancar dan terkawal," katanya kepada Utusan Borneo.

Aidi Ismail
Aidi Ismail

Aidi selain itu turut membuat tinjauan di beberapa pusat mengundi di sekitar Kuching dan Padawan untuk memastikan kesiapsiagaan serta komitmen para perugas polis dalam mengawal serta menjalankan tugas-tugas seperti mana yang dipertanggungjawabkan.

Antara pusat mengundi yang dilawati beliau adalah di Kompleks Sukan Satok, Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary, SK Garland, dan Sekolah Menengah Jalan Arang.

Turut sama melakukan tinjauan ialah Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, Pegawai Media Hal Ehwal Awam IPK Sarawak ASP Daya Butteh.

Kesemua pusat mengundi mula dibuka seawal jam 7.30 dan ditutup pada jam 5 petang.
 

  • oleh
  • Advertisement