Anda di sini

Pasangan warga emas bersiap awal, untuk elak kesesakan 

Advertisement
 Sebastian (berbaju kuning) menyorong kerusi roda Sim, sambil berbual dengan Tan, yang dibantu oleh cucunya, selepas menunaikan kewajipan mereka mengundi di SK Jalan Bintang. 
BANTU: Sebastian (berbaju kuning) menyorong kerusi roda Sim, sambil berbual dengan Tan, yang dibantu oleh cucunya, selepas menunaikan kewajipan mereka mengundi di SK Jalan Bintang. 

MIRI: Meskipun keadaan diri tidak segagah dan sihat seperti dahulu, namun pasangan suami warga emas, Tan Kim Piaw, 78 dan isterinya, Sim King Hia, 72 tetap bersemangat untuk turun mengundi hari ini. 

Pasangan tersebut yang sama-sama menggunakan kerusi roda, sambil dibantu oleh anak lelaki Tan Kheng Chung dan cucu mereka, tiba seawal jam 7 pagi tadi di pusat mengundi, SK Jalan Bintang, di DUN Piasau di sini, untuk menunaikan kewajipan masing-masing. 

Menurut Tan, beliau dan isteri, bersiap seawal jam 6 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kekal selamat semasa turun mengundi ketika pandemik COVID-19 ini. 

 Sebastian membuang undi jam 7.45 pagi 
TUNAI: Sebastian membuang undi jam 7.45 pagi 

Turut mengundi di pusat yang sama ialah calon GPS-SUPP bagi kerusi Piasau, Datuk Sebastian Ting, yang tiba jam 7.30 pagi dan membuang undi pada jam 7.45 pagi. 

Sebastian yang menyapa pasangan warga emas terbabit turut membantu pasangan terbabit, dengan menyorong kerusi roda Sim. 

 Hee menjadi pengundi pertama membuang undi jam 7.30 pagi di salurannya di pusat mengundi SJK Chung Hua Krokop di Miri,
AWAL: Hee menjadi pengundi pertama membuang undi jam 7.30 pagi di salurannya di pusat mengundi SJK Chung Hua Krokop di Miri,

Sementara itu, calon DAP di kerusi Piasau, Peter Hee pula membuang undi SJK Chung Hua Krokop, jam 7.20 pagi dan membuang undi jam 7.30 pagi. 

Calon ASPIRIASI, Hanim Jaraee pula membuang undi di SK Anchi, jam 8.30 pagi. 

Kedua-dua mereka, Hee dan Hanim, mengundi bagi kerusi DUN Pujut, meskipun bertanding di kerusi Piasau. 

Manakala calon PSB, Steve Teo, pula yang tiba di pusat mengundi SMK Merbau, membuang undinya pada jam 11.10 pagi. Walaupun bertanding di kerusi Piasau, namun beliau masih mengundi bagi kerusi DUN Senadin. 

Dalam pada itu, cuaca cerah di Miri hari ini, telah menyaksikan beberapa pusat mengundi di dibuka awal dengan para pengundi mulai menunaikan tanggungjawab mereka, seawal jam 7.30 pagi untuk mengelak kesesakan. 

Menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 12 tengah hari, peratusan yang turun mengundi ialah 39 peratus.

 Hanim membuang undi jam 8.30 pagi di pusat mengundi SK Anchi di Miri.
TANGGUNGJAWAB: Hanim membuang undi jam 8.30 pagi di pusat mengundi SK Anchi di Miri.
  • oleh
  • Advertisement