Anda di sini

Chong selesai mengundi bersama ibu dan bapanya 

Advertisement
Chong (kiri) bersama bapanya Chong Siew Chiang (dua kiri), ibunya Sim Yaw Sik (dua kanan) dan Grace di pusat pengundian SMK Kuching High. 
Chong (kiri) bersama bapanya Chong Siew Chiang (dua kiri), ibunya Sim Yaw Sik (dua kanan) dan Grace di pusat pengundian SMK Kuching High. 

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High di sini hari ini. 

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan calon DAP  Padungan tiba di pengundian sekitar jam 8.50 pagi ditemani isteri Grace Tan. 

Chong yang ditemui selesai pembuangan undi memuji proses pengundian di pusat tersebut yang berjalan dengan lancar dan tenang. 

"Dari apa yang saya lihat, proses pengundian lancar dan mudah untuk pengundi yang hadir," katanya ringkas. 

Dari segi peratusan pengundi keluar mengundi, Chong berkata masa masih awal untuk membuat sebarang andaian atau kesimpulan. 

"Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi, kita tunggu sampai waktu terakhir masa mengundi," katanya. 

Chong juga enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mempunyai unsur kempen seperti yang ditetapkan dalam peraturan pilihan raya. 

Dalam pada itu DAP katanya akan menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) di Ibu Pejabat DAP di sini mulai jam 6 petang ini. 

PRN kali ini menyaksikan DAP bertanding di 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. 

  • oleh
  • Advertisement