Anda di sini

Calon yang menang perlu tunaikan janji

Advertisement

GEDONG: Calon yang menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) perlu menunaikan tanggungjawab, manifesto dan janji yang diberikan kepada rakyat sebelum ini.

Bagi Nazri Sekon, 23 calon yang menang pada PRN12 ini perlu berpegang pada janji yang diberikan sekali gus membangunkan kawasan yang dimenangi.

“Jangan jadikan janji dan manifesto yang diberikan itu hanya ‘gula-gula’ PRN12 sahaja,” tegasnya ketika ditemui Utusan Borneo di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir di sini hari ini.

Ditanya mengenai perasaan apabila mengundi buat kali pertama, Nazri mendedahkan perasaan gembira kerana diberi peluang untuk mengundi untuk memilih mereka yang layak dipilih.

“Ini kerana berbanding sebelum ini saya dan golongan yang belum layak mengundi hanya menjadi pemerhati sahaja,” katanya.

Nazri turut berasa teruja namun sedikit berdebar ketika membuang undi di pusat undi tersebut.

“Bagaimanapun, kepada pengundi muda mereka perlu datang mengundi dan memilih mereka yang layak untuk dipilih,” katanya lagi

Nazri

Sementara itu, Izzuddin Bohri, 24 juga berpendapat supaya calon berjaya pada PRN12 ini perlu tidak mengabaikan masyarakat di sekeliling khasnya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

“Calon perlu menitikberatkan kepentingan penduduk dan bukan hanya berpolitik, berbalah sesama sendiri dan sebagainya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya pengundi khasnya untuk mereka yang pertama kali turun mengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa takut untuk mengundi.

“Buat keputusan yang bijak keraja setiap undi itu penting untuk menentukan masa depan Sarawak,” katanya.

Izzuddin

Bagi Norfaraain Arwin Adian, 25 menyatakan perasaan gembira kerana dapat mengundi pada PRN12.

“Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang dan pengalaman mengundi pada kali ini dan berharap agar calon yang memang akan menunaikan janji yang diberikan khasnya kepada orang-orang kampung di Gedong,” ujarnya.

Norfaraain
  • oleh
  • Advertisement