Anda di sini

Abdullah harap pengundi turun beramai-ramai

Advertisement
Abdullah dan Norasyikin mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng, Daro sejurus tiba di pusat mengundi itu pada pukul 9.35 pagi.

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol berharap peratusan keluar mengundi kali ini tinggi.

Menurutnya, hujan di kebanyakan pusat mengundi di kawasan pilihan raya itu menyebabkan kelewatan orang ramai keluar mengundi.

“Harapan saya ialah supaya peratusan orang keluar mengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara adalah tinggi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, di kebanyakan tempat di pusat mengundi di DUN Semop, petugas dan sukarelawan-sukarelawan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penguatkuasa kelihatan amat bersedia dan cekap menjalankan tugas mereka.

Kerjasama pasukan sukarelawan kampung juga membantu dalam usaha membawa warga tua serta orang kelainan upaya (OKU) untuk keluar mengundi dengan menjemput mereka dari rumah menggunakan motosikal dan kereta sangat dihargai, katanya.

Ada juga Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyediakan kerusi roda di tempat mengundi untuk membawa warga tua atau OKU yang sukar berjalan.

Abdullah dan isterinya, Datin Norasyikin Ibrahim mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng, Daro sejurus tiba di pusat mengundi itu pada pukul 9.35 pagi.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di DUN Semop membabitkan 24 tempat mengundi, merangkumi 13 tempat mengundi ditutup pada 1 tengah hari, 10 tempat mengundi ditutup 2 petang dan satu ditutup 5 petang.

Advertisement