Anda di sini

Abang Johari sifatkan kemenangan rakyat Sarawak

Advertisement
Abang Johari meraikan kemenangan GPS pada majlis mendengar keputusan PRN12 di Kuching, malam ini. - Gambar Chimon upon

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemenangan besar parti pimpinannya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) adalah kemenangan rakyat, khususnya dalam meletakkan Sarawak sebagai negeri sama rata iaitu rakan kongsi wilayah dalam Malaysia.

“Tahniah kepada kepimpinan GPS yang telah bekerja keras dan memberi kerja sama yang erat untuk kemenangan besar ini. Kemenangan besar ini adalah kemenangan rakyat, di mana rakyat memberi mandat kepada kita, ‘Sarawak diutamakan’,” katanya.

Abang Johari berkata kemenangan besar GPS itu menunjukkan rakyat memberi isyarat kestabilan politik pentiung bagi meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang, katanya ketika berucap pada majlis mendengar keputusan PRN12 di sini malam ini. 

Beliau berkata mandat diberikan itu memberi kuasa kepada GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan juga dasar sosial yang mengutamakan rakyat.

“Ketiga ia memberi syarat betapa pentingnya keterangkuman semua kaum dalam pembangunan negeri menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 tanpa mengira perbezaan etnik dan agama.

“Justeru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memberi keyakinan kepada GPS untuk memerintah Sarawak ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Abang Johari juga berterima kasih kepada agensi keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi-agensi lain yang terlibat memastikan PRN12 berjalan dengan tenang serta keadaan baik.

“Akhir sekali marilah kita bersama-sama meneruskan usaha dalam menjalankan tanggungjawab dan janji seperti di dalam manifesto PRN ini. Sama-sama kita membangunkan negeri ini sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Terimas kasih sekali lagi kepada pengundi dan seluruh jentera parti. Taniah atas kejayaa kita ini,” tambahnya.

Advertisement