Anda di sini

Abang Johari lawat pusat mengundi, proses mengundi SK Abang Kadir Gedong lancar

Advertisement
 Abang Johari dan Naroden bergambar bersama-sama pengundi dipekarangan pusat mengundi SK Abang Kadir Gedong, hari ini.
Abang Johari dan Naroden bergambar bersama-sama pengundi di pekarangan pusat mengundi SK Abang Kadir Gedong, hari ini.

GEDONG: Ketua Menteri yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempat meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, hari ini.

Kehadiran Abang Johari yang juga Pengerusi GPS sekitar jam 11.08 pagi itu menerima sambutan ramai oleh warga yang berada di kawasan pusat pengundian tersebut.

Beliau sempat beramah mesra dan bergambar bersama pengundi di pekarangan SK Abang Kadir.

Terdahulu, Abang Johari menunaikan tanggungjawabnya membuang undi di Kompleks Sukan Satok diiringi isterinya Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang sekitar jam 10 pagi.

Turut hadir mengiringi beliau bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Narodeen Majais.

Berhubung proses mengundi di SK Abang Kadir, tinjauan Utusan Borneo mendapati proses mengundi berjalan lancar.

Semua pengundi diarahkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Sementara itu, pelbagai kemudahan turut disediakan di pusat mengundi seperti kemudahan van untuk warga emas serta kerusi roda.

  • oleh
  • Advertisement