Anda di sini

SPR guna helikopter, bot ekpress dan perahu panjang ke pedalaman

Advertisement
Petugas SPR menyimpan peti undi untuk dihantar ke kawasan pedalaman di Mulu menggunakan helikopter.
Petugas SPR menyimpan peti undi untuk dihantar ke kawasan pedalaman di Mulu menggunakan helikopter.

MARUDI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menggunakan perkhidmatan helikopter, bot ekpress dan perahu panjang untuk menghantar petugas pilihan raya dan peti undi ke kawasan pedalaman di DUN Mulu dan Marudi.

Bagi kawasan Mulu, seramai 229 petugas SPR dan anggota polis diterbangkan ke pusat pengundian iaitu Pa Lungan, Bario, Belasoi, Linei, Long Sait, Long Jeeh, Batu Bungan, Long Seridan dan Long Lellang.

Operasi penghantaran yang bermula jam 9 pagi tadi di Padang Terbang Marudi menggunakan lapan helikopter termasuk dua helikopter jenis chopper.

Petugas SPR bersama peti undi dan persiapan hari mengundi sedia bertolak ke Benawa, Marudi menggunakan perahu panjang.
Petugas SPR bersama peti undi dan persiapan hari mengundi sedia bertolak ke Benawa, Marudi menggunakan perahu panjang.

Manakala bagi DUN Marudi, seramai 81 daripada 614 petugas dihantar menggunakan bot ekpress dan perahu panjang manakala selebihnya menggunakan helikopter dan pengangkutan darat.

Kawasan yang menggunakan perahu dan bot ekpress adalah Rumah Budin Assam Paya, SK Pengelayan, RH Ngelingkong Teraja, RH Chabop Lubok Amam, RH Jamu Nanga Seridan, RH Hillary Jungang Nanga Ajoi, Rh Kajan Sigeh Long Teru, SK Long Sepiling dan Benawa.
 

Advertisement