Anda di sini

DAP lakukan kerja sanitasi meskipun sibuk berkempen

Advertisement
Ling, Hee dan Marcus bergambar sebelum kerja sanitasi dilakukan.
Ling, Hee dan Marcus bergambar sebelum kerja sanitasi dilakukan.

MIRI: Unit Tindak Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri tetap melakukan kerja-kerja sanitasi pencegahan COVID-19 walaupun sibuk mengendalikan kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Setiausah DAP Sarawak, Alan Ling berkata permintaan untuk perkhidmatan itu semakin bertambah dan akan diteruskan selepas PRN12. 

"Seperti kami janjikan, akan kami (DAP Miri) lakukan kerja-kerja sanitiasi demi keselamatan komuniti, walaupun dalam kesibukan berkempen.

"Kita akan teruskan khidmat percuma ini sehingga terkawal sepenuhnya pandemik ini," jelas Ling yang juga calon Pujut. 

Pada semalam, unit telah melakukan kerja-kerja sanitasi di sebuah premis di Pujut. 

Ling berkata, hampir 100 premis termasuk rumah dan pejabat di sekitar Miri telah menggunakan khidmat mereka sejak dimulakan pada Oktober tahun ini. 

Kerja sukarelawan dilakukan demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dalam tempoh pandemik COVID-19 sekarang. 

"Ini menunjukkan keprihatinan kita dan bersama-samalah  kita berganding bahu melawan pandemik ini," tambahnya.

Ling memberitahu, unit dapat melakukan kerja sanitasi di dua premis dalam satu hari. 

Parti masih memerlukan sokongan derma untuk mendapatkan peralatan perlindungan diri dan bahan-bahan sanitasi. 

Dengan kerjasama unit itu sekurang-kurangnya mengurangkan beban kos sanitasi penduduk khasnya pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah.
  
Dalam pada itu, kerja sanitasi dilakukan Ketua Pemuda yang juga calon kerus Piasau, Peter Hee.

Hadir sama Pengerusi DAP Long Lama yang juga calon Senadin, Marcus Hugo. 
 

  • oleh
  • Advertisement