Anda di sini

Manifesto dan Komitmen PSB

Advertisement

PSB adalah 100% parti berbilang kaum Sarawak yang berikrar untuk mengubah GPS (bekas BN) dalam Kerajaan yang berusia 58 tahun dengan harapan baru untuk rakyat Sarawak memerangi rasuah, ketidakadilan dalam persempadanan kawasan pilihan raya dan komposisi Kabinet dan mendapatkan kembali hak dan keistimewaan MA63 kita dan menyampaikan perkara-perkara yang GPS telah gagal laksanakan selepas sekian lama. Kami akan menghentikan semua projek mewah dan menghalakan dana untuk meletakkan KEUTAMAAN di dalam segala usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan pendidikan, keperluan asas, penjagaan kesihatan, perumahan dan pekerjaan yang layak untuk rakyat Sarawak TERLEBIH DAHULU

PSB benar-benar bebas daripada parti-parti politik Semenanjung Malaysia supaya ianya dapat memperjuangkan perjuangan rakyat Sarawak untuk menjadi Tuan tanah kita sendiri, memperjuangkan hak-hak kita tanpa rasa takut dan bekerja keras untuk memenuhi impian kehidupan yang lebih baik untuk rakyat kita. PSB adalah matahari terbit Sarawak, sebuah parti harapan untuk masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Advertisement