Anda di sini

Bomba dipanggil potong soket paip PVC pada kemaluan lelaki

Advertisement
Anggota bomba Lawas berjaya memotong soket paip PVC pada kemaluan seorang lelaki pagi tadi.
Anggota bomba Lawas berjaya memotong soket paip PVC pada kemaluan seorang lelaki, pagi tadi.

LAWAS: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Lawas di sini, hari ini bagi mengeluarkan soket paip PVC yang tersekat pada kemaluannya.

Bagaimanapun khidmat bomba terpaksa digunakan untuk membantu memotong soket paip berkenaan daripada kemaluan lelaki yang berusia 43 tahun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi dan tiba di Hospital Lawas kira-kira dua minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati ada seorang lelaki berumur 43 tahun telah memasukkan soket PVC sehingga tersekat pada kemaluan beliau.

“Pasukan bomba membuat pemotongan soket tersebut dengan peralatan pemotong cincin sehingga selesai," katanya kepada media, hari ini. 

Operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi. 

  • oleh
  • Advertisement