Anda di sini

'Roh' raih filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia KE-31  

Advertisement
Filem ‘Roh' arahan Emir Ezwan dinobat sebagai filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) KE-31. -Gambar Bernama
Filem ‘Roh' arahan Emir Ezwan dinobat sebagai filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) KE-31. -Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Filem ‘Roh' arahan Emir Ezwan dinobat sebagai filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) KE-31 yang berlangsung malam Jumaat.

Filem itu turut memenangi anugerah lain termasuk Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong) dan Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Putri Qaseh).

Majlis itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Menteri KKMM Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan Presiden OKU Sentral merangkap Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sementara itu, pelakon Zul Ariffin merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar manakala Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Sinje Lee (The Garden of Evening Mists).

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada Fauziah Nawi dan Datuk Seri Dr Ahmad Nawab pula menerima Anugerah Khas Penggiat Belakang Tadbir.

FFM31 kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan konsep norma baharu serta melalui pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat. - BERNAMA

Advertisement