Anda di sini

Pembonceng maut, motosikal bertembung lori

Advertisement
 Keadaan kedua-dua kenderaan yang bertembung di Jalan Apin-Apin Keningau- Tambunan di sini.
BERTEMBUNG: Keadaan kedua-dua kenderaan yang bertembung di Jalan Apin-Apin Keningau- Tambunan di sini.
 Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan awal terhadap mangsa yang cederan selepas melanggar anjing di Jalan Kimanis - Keningau berhampiran Kampung Kinolosodon di sini.
PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan awal terhadap mangsa yang cederan selepas melanggar anjing di Jalan Kimanis - Keningau berhampiran Kampung Kinolosodon di sini.

KENINGAU: Seorang wanita maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Apin-Apin Keningau- Tambunan di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Misran Bisara berkata kejadian jam 1.23 petang itu juga menyebabkan pembonceng motosikal serta tiga lagi individu lain mengalami kecederaan.

“Pertembungan menyebabkan mangsa wanita yang juga pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi selepas disahkan oleh Pegawai Perubatan yang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Penunggang motosikal dan tiga individu masing-masing berumur 20, 21 dan 49 tahun yang mengalami kecederaan di hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Katanya operasi yang disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ditamatkan jam 2.22 petang.

Sementara itu dalam kejadian berasingan dua individu yang menaiki motosikal mengalami kecederaan selepas melanggar anjing di Jalan Kimanis - Keningau berhampiran Kampung Kinolosodon di sini.

“Mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans.

“Operasi ditamatkan jam 8.35 pagi semalam sebaik memastikan lokasi kejadian selamat dari unsur bahaya lain,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement