Anda di sini

Kelab Rotary Tanjung Aru anjur, taja kursus buat kuih-muih

Advertisement
 Gambar kenangan dirakamkan ketika menyerahkan biskut kepada pihak hospital.
KENANGAN: Gambar kenangan dirakamkan ketika menyerahkan biskut kepada pihak hospital.

KOTA KINABALU: Kelab Rotary Tanjung Aru berjaya menganjur dan menaja kursus membuat kuih-muih selama dua hari untuk Persatuan Kebajikan Balu Kota Kinabalu.

Persiden Kelab, Seeto Han Yau berkata penganjuran berkenaan selari dengan tema Kelab Rotary Antarabangsa iaitu 'Serve to Change Lives'.

"Kursus yang diadakan pada 4 dan 5 Disember lalu dijayakan oleh Chef Sunny dari SVNY Gateau Pattisserie.

"Kursus ini memperkenalkan kemahiran baharu dalam membuat kuih-muih, dengan ini diharapkan para balu yang menyertai akan mampu memperkasakan kemahiran masing-masing dalam bidang ini khususnya dalam tempoh yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, dengan kemahiran baharu, para peserta berjaya menghasilkan 50 set biskut yang akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Bahan-bahan mentah disumbangkan oleh Kelab Rotary Tanjung Aru.

Sementara itu, wakil hospital Matron Nancy Dominic telah menerima sumbangan berkenaan di sini, kelmarin.

Sumbangan berkenaan turut sebagai penghargaan kepada kerja keras dan dedikasi kakitangan hospital dalam tempoh pandemik ini.
 

  • oleh
  • Advertisement