Anda di sini

FreeLanz Band siapkan single terbaharu ‘Menanti Janjimu’

Advertisement
 FreeLanz Band ketika menghiburkan pengunjung di Eatern Plaza.
HIBURAN: FreeLanz Band ketika menghiburkan pengunjung di Eastern Plaza.

TAWAU: Terkenal sebagai penghibur di daerah ini, FreeLanz Band telah menyiapkan single terbaharunya bertajuk ‘Menanti Janjimu’ yang dicipta oleh vokalis kumpulan itu Sofizar @ Neo.

FreeLanz Band yang turut dianggotai Joy (Gitar utama), Badar (Drum), Roy (Bass) dan Jumaat (Keyboard) adalah anak jati Tawau yang selalu membuat penampilan dalam majlis-majlis sosial di daerah ini.

Kini mereka aktif menghiburkan pengunjung di pusat beli belah di Eastern Plaza setiap hari Sabtu dan Ahad jam 3 hingga 5 petang sejak tiga bulan lalu.

Neo ketika dihubungi berkata lagu single terbaharunya itu telah dirakam di ZnZ Production oleh Didi dan siap sepenuhnya pada minggu lalu.

“Kami akan menjalani pengambaran untuk lagu terbaharu ini yang juga akan diuruskan oleh ZnZ Production dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, semua kos pengambaran menggunakan dana FreeLanz Band dan berharap mendapat sokongan dana daripada mana-mana pihak,” katanya.  

Katanya, lagu Menanti Janjimu bergenre balada rock moden itu adalah yang pertama dicipta untuk dimainkan oleh FreeLanz Band.

“Bagaimanapun, saya sendiri sudah mencipta sebanyak 13 buah lagu untuk band yang sebelum ini saya sertai.

“Lagu Menanti Janjimu itu berkisarkan penantian seorang lelaki terhadap wanita dicintainya yang mana mereka pernah berjanji akan hidup bersama, namun masih belum terlaksana,” katanya.

Neo berharap single terbaharu itu mendapat sambutan daripada orang ramai dan menjadi siulan terutamanya peminat lagu balada rock moden.

“FreeLanz Band akan sentiasa memajukan diri dalam industri muzik di daerah ini dan berusaha mencipta lebih banyak lagu-lagu untuk santapan pendengar.

“Kami juga menerima tempahan undangan untuk persembahan dalam pelbagai majlis ataupun program dan boleh terus menghubungi saya di talian 010-4554860,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement