Anda di sini

PWR, Biro Kebajikan Star Tambunan turun padang ke Kg Nupakan Pononoburan

Advertisement
 Haina (dua kanan) bersama Dr James yang mewakili Jeffrey menyerahkan sumbangan dana kewangan kepada John bagi pembiayaan pelaksanaan pembersihan jalan pertanian di kampung tersebut.
SERAHKAN: Haina (dua kanan) bersama Dr James yang mewakili Jeffrey menyerahkan sumbangan dana kewangan kepada John bagi pembiayaan pelaksanaan pembersihan jalan pertanian di kampung tersebut.



TAMBUNAN: Pejabat Wakil Rakyat (PWR) dan Biro Kebajikan Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Tambunan telah melaksanakan program kebajikan dan pada masa sama turun padang bagi mengenal pasti keperluan masyarakat akar umbi di kawasan pedalaman baru-baru ini.


Pendekatan turun padang bertujuan memastikan masalah serta keperluan di peringkat akar umbi dapat diselesaikan sebaiknya disamping memperkasa program-program berkaitan yang telah dilaksanakan di kampung Nupakan Pononoburan.


Rombongan diketuai oleh Setiausaha Eksekutif kepada Jeffrey, Haina Juin bersama Naib Ketua Bahagian merangkap Ketua Biro Kebajikan STAR Tambunan Dr James Liew berserta staf Pejabat wakil rakyat Saldivilla Wences, Caroline Louis dan Jacob Edward Anap.


Sebanyak 13 bakul makanan keperluan harian diagihkan kepada penduduk memerlukan di kampung berkenaan sempena program turun padang itu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) kampung Nupakan Pononoburan, John Anthony Apin menerima sumbangan berkenaan bagi pihak penduduk yang kemudiannya diagihkan kepada penduduk memerlukan yang telah dikenali pasti.

 
Sumbangan dana kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan juga disampaikan kepada Pengerusi JPKK bagi pembiayaan pelaksanaan pembersihan jalan pertanian di kampung tersebut.


Pada masa sama, rombongan berkesempatan melawat dan meninjau pelaksanaan projek bina baru pusat pengumpulan hasil tani di kampung berkenaan yang telah siap sepenuhnya yang dilihat memberikan kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata adalah golongan petani dan pekebun.


Seterusnya rombongan turut melawat kawasan penyimpanan air graviti kampung dan sekolah yang menurut John sekurang-kurangnya memerlukan lebih 30 gelung paip poli bagi melancarkan pengagihan air ke kawasan perumahan perkampungan dan sekolah di kampung tersebut.


Penduduk kampung amat berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan bantuan Jeffrey selaku wakil rakyat yang sentiasa prihatin terhadap keperluan mereka.
 

  • oleh
  • Advertisement