Anda di sini

Polis pantau unsur perjudian semasa PRN12

Advertisement
Aidi semasa bercakap dalam sidang media tersebut. Turut kelihatan Shaikh dan Ahsmon (kanan)
Aidi semasa bercakap dalam sidang media, hari ini. Timbalan Komander Briged Sarawak PGA ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

KUCHING: Pasukan khas daripada Unit Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sarawak dikerahkan untuk memantau dakwaan wujudnya unsur perjudian melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.

"Saya telah arahkan Cawangan Khas serta JSJ untuk memantau perkara ini dan tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan pertaruhan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan pastikan tidak timbul isu perjudian semasa PRN12 ini," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau terdahulunya diminta untuk mengulas mengenai kenyataan calon GPS Datuk Seri Tiong King Sing yang memohon pihak penguatkuasa memantau unsur perjudian melibatkan keputusan pilihan raya.

  • oleh
  • Advertisement