Anda di sini

Kumpulan Sawit Kinabalu sumbang sebuah rumah kepada KKM

Advertisement
 Bacho (tiga kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Navindran.
SUMBANGAN: Bacho (tiga kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Navindran.

TAWAU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyampaikan sumbangan satu unit rumah dua pintu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan kakitangan yang bertugas di kawasan balung.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran, baru-baru ini.

Rumah tersebut adalah inisiatif syarikat itu untuk membantu petugas KKM yang ditugaskan di Klinik Kesihatan Balung.

Kediaman itu sangat strategik kerana berhampiran dengan klinik tersebut bagi memudahkan petugas kesihatan untuk datang bertugas pada bila-bila masa dan semasa kecemasan.

Klinik tersebut juga banyak menabur jasa kepada penduduk di kawasan Balung termasuklah kakitangan Sawit Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement